Kami tinggal di sebuah pangsapuri kecil di kompleks bangunan bertingkat yang menyediakan kediaman kepada sebilangan keluarga kelas pertengahan. Tetapi, makluk berbulu yang suka bertandang ke kompleks kami mungkin sudah melebihi jumlah manusia yang menghuni kompleks ini. Ini kerana si bulu berkaki empat dengan kuku tajam yang boleh disimpan dan di hunus keluar dari celah jari ini seangkatan dengan sepupu seangkatan mereka yang di banggakan - Singa, Harimau, Kucing Hutan, dan Kucing Liar Afrika tidak takut kepada siapa pun di kawasan ini. Populasi kucing yang semakin meningkat ditambah pula dengan kelebihan mempunya sembilan nyawa ini sangatlah menganggu kebanyakan penduduk tetapi ia juga menjadi penyejuk mata pula kepada sesetengah yang lain.
Kucing-kucing ini di kejiranan kami mempunyai wilayah persempadanan mereka sendiri. Di tingkat bawah, tingkat pertama dan kedua, si kucing penangkap tikus merewang di tingkat ini mencari mangsa kecuali bila kelaparan tidak mendapat hasil akan sesekali melewati sempadan ini menerjah ke dapur penghuni pangsapusi. Beranda pula dikhaskan untuk anak-anak kucing dan sesekali digunakan oleh golongan bangsawan si kucing Siam untuk menjilat-jilat bulu dan berjemur. Bagi bapak kucing pula mencari sudut-sudut yang selesa untuk tidur berkeruh di tempat yang biasanya sempit, macam kabin pengawal, di mana bapak kucing mungkin bertembung dengan kucing lain. Tuhan telah mengurniakan kucing-kucing ini dengan dua kotak suara satu untuk berkeruh dan satu lagi untuk mengiau maka dengan pertembungan itu keruhan ngiauan nyaring akan berlaku dan di masa masa tertentu ia akan menyebabkan semua penduduk terjaga dengan orkestra tengah malam itu.
Sebilangan penduduk yang pembersih seperti kucing begitu marah apabila si kucing bulus ini menggangu kehidupan mereka. Penghuni yang merasa jelek merasakan bahawa kucing ini harus dihalau keluar dari situ. Tetapi pada penghuni yang sukakan si bulu ini masih mshu menunggu dan lihat apa kan jadi dengan kucing-kucing ini nanti. Walaubagaimanapun kita tidak tahu siapa yang akan manangung akibatnya!